Al-Mustahaqq
Kasih sayang serta tulus dan ikhlas yang tiada berkeputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada cucunda Long Ismail datang kepada nenda To’ Kapitan Laiq Dewa Raja Gurnador Pulau Pinang yang telah termashur gah kepujian pada pandai memerintah laut dan darat lagi sangat arif bijaksana pada memeliharakan segala dagang senteri
ahwal maka adalah cunda menyuruh teman cunda ini Nakhoda Abdul Wahab pergi ke negeri Jawa mencahari beli perahu yang baik bawa mari cunda hendak pakai sendiri maka tiada cukup senjata dan ubat maka cunda suruh ia singgah mendapat nenda cunda pinta nenda beri senapang barang tiga pasang dan ubat meriam barang dua puluh gantang dan kuali besi barang dua puluh susun nenda perbuat daftar harganya taruh apakala cunda pergi mendapat nenda ke Pulau Pinang boleh cunda kira bayar maka akan senapang dan ubat Meriam itu harap sangatlah cunda akan nenda beri akan nenda beri akan Nakhoda Abdul Wahab ini jangan jadi gendala ia hendak berlayar pergi itu karena tiada sekali senapang dan ubat itu pada cunda di sini ahwal inilah cunda takrifkan segala khabar dan pesan daripada cunda telah nyatalah pada Nakhoda Abdul Wahab perbuat surat dua likur bulan Rabiul Awal hari Jumaat tam al-kalam
Bermula cunda pinta pada nenda peluru anggur barang tiga puluh boleh dibawa Nakhoda Abdul Wahab ini tamat
No comments:
Post a Comment