Qawluhu al-Haqq
Alamat surat daripada tuan Sayid Muhammad Terengganu yang bernaun[g] dalam Sela negeri Selangor barang disampaikan Allah subhanahu wa Taala apalah kiranya kepada Dato’ Gurnador di Pulau Pinang yang beroleh pangkat martabat daripada Allah wa ba’d
kemudian daripada itu maka adalah akan hal tuan suruh Nakhoda Mualim membawa timah empat lima bahara itu pula melainkan pinta harganya seperti yang telah sudah itu juga kiranya dan lagi jika jika ada kemudahannya tuan pinta gelas jam pasir jika ada mana patut harganya yang kecil harga tuan beli tamat
No comments:
Post a Comment