Ya Aziz
Surat tulus ikhlas daripada beta Raja Pahlawan sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang mempunyai kebesaran dan kekayaan laut dan darat daripada Tuhan sarwa sekalian alam
kemudian dari itu ahwal maka itulah Lebai Abdul Qadir beta suruh pergi mendapatkan sahabat beta serta membawa papan banyaknya dua ratus enam keping minta sahabat beta terima ambil papan itu bermula barang kehendak sahabat beta daripada kayu papan buat surat beri mari boleh beta cari hantar pergi kepada sahabat beta serta beta pinta kepada sahabat beta rial barang dua ratus boleh buat belanja orang ambil kayu dan papan minta sahabat beta serahkan kepada Lebai Abdul Qadir rial itu minta sahabat beta suruh pulang dengan segera jangan jadi gendala kerja ini ahwal itulah beta nyatakan kepada sahabat beta intaha al-kalam
No comments:
Post a Comment