Ya ‘Aziz
Hamba Dato’ Saudagar Raja menrafakkan sembah maklumkan ke bawah hadrat qadam Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang teramat mulia
ahwal lembu hamba Dato’ taruh enam belas ekor di kuala itu di tangkap harimau seekor yang kecik itu maka ada lagi lima belas ekor hamba Dato’ serah beri pergi pada Kapitan Jaga2 maka daftar dibeli kapur dan lembu itu sudah hamba Dato’ beri pergi dahulu ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan ke bawah hadrat qadam Dato’ perbuat surat pada sehari bulan Ramadhan hari Jumaat tamat
No comments:
Post a Comment