Wednesday, May 13, 2020

Surat Bendahara Paduka Seri Maharaja kepada Francis Light (MS40320/10, f.4) berkaitan budak

Qawluh al-Haqq

Barang mafhum Orang Kaya Lak Kapitan Dewa Raja 


adalah budak Tenku Anam perempuan nama Suri anaknya tiga orang empat dengan emaknya maka maknya itu berlaki akan orang Keling maka khabarnya lakinya itu pergi duduk di kuala makan upah pada Orang Kaya bininya pun pergi bersama2 lakinya maka itulah Tenku Anam pergi dapat Orang Kaya kalau dia xxx  suka duduk sama Orang Kaya Tenku hendak juallah kalau ia hendak pulang duduk sama Tenku pun hamba pinta tolong Orang Kayalah ambil beri sama Tenku ahwal itulah hamba nyatakan tamat al-kalam

Bahawa akan Suri empat beranak itu pendapatan negeri kami beri Suri empat beranak itu akan Kapitan Laq Dewa Raja maka inilah kami tegahkan jangan Raja Anam batalkan pemberi kami itu jadi taksirlah pada kami kerja itu tamat

No comments:

Post a Comment