Tuesday, May 19, 2020

Surat dari Teuku Kejuruan Pesangan kepada James Scott (MS 40320/10, f.73 & f. 74) berkaitan dagangan pinang dan lada

Bahawa inilah alamat surat daripada negeri bandar Pesangan pada tuan Pengisih  datang kepada sahabatnya yang bernama Orang Kaya Kapitan Uskut Kepala yang memegangkan bandar Pulau Pinang adanya tamat al-kalam bilkhair aw ila

Ya Qadiya al-Hajat

Ya Habib

Qaul al-Haqq walau kan murran

Bahawa inilah alamat surat tabik banyak2 serta hati yang putih muka yang jernih yang maktub dalamnya rindu dendam hari dan malam pagi dan petang tahun dan bulan dalam teringat2 adanya iaitu anakda Teuku Kejuruan jah merdu yang bernama Tuan Pengih  yang ada duduk sekarang dalam daerah negeri Pesangan kepala yang memerintahkan dalam bandar itu datang apalah kiranya kepada sahabat hamba Orang Kaya Kapitan Uskut yang ada juga sekarang duduk istirehat al-khair dalam daerah negeri Pulau Pinang kepala yang memerintahkan dalam negeri itu daripada orang yang mengadukan hal daripada kesukaran daripada gharib miskin iaitulah perangai yang baik sebaik2 adanya insya Allah Ta’ala serta selamat umur panjang dalam dunia ini dapat besua  mata kami adanya amin ya rab al-‘alamin wa ya khair al-nasirin ha  intaha amma ba’d 

adapun kemudian dari itu laluanya  hamba kirimkan sepotong surat ini daripada hamba kepada tuan sahabat hamba tanda harab  hamba akan Allah dan Rasulullah Sallallah kemudian akan tuan sahabat hamba jikalau ada seperti hajat hamba kepada tuan hamba kehenda  bersahabat dengan tuan daripada mencari utang  ada pada tuan seperti hajat kehendak hamba itu tuan suruh datang kapal dan perahu tuan kepada hamba jikalau ada tuan kehendak pinang dengan lada sedikit2 boleh juga hamba cari tetapi tiada banyak barang sekoyan dua koyan dan pinang selaksa dua laksa itulah yang boleh karena hamba orang gharib miskin baru duduk dalam negeri itu insya Allah Taala jikalau tuan suruh perahu tuan kepada hamba jangan tuan takut2 dan syiksa  hati kepada hamba jikalau sudah sampai perahu tuan kepada hamba Insya Allah taala jikalau hilang arta  tuan dari arta  atas ikhtiar hamba di laut ikhtiar tuan inilah hamba bilang sama tuan adanya sebagai lagi hamba bilang sama tuan jikalau tuan suruh perahu tu  beri dengan surat tanda tuan kepadanya boleh senang hati hamba kepada tuan adanya sebagai lagi hamba bilang kepada tuan jikalau bertemu sampan di laut sampan berkajangan ada dengan meriam besar di haluannya ja  tuan takut tetapi di laut kurang ke kuasa dan ke barat lapkan  merdu jikalau bertemu juga di laut yang lain tuan suruh minta cap merah ada him  ada inilah sampan jika daripada hamba adanya sebagai lagi hamba bilang sama tuan yang hamba suruh bawa surat ini kepada tuan orang hamba namanya seorang Nakhoda Abdul Majid seorang lagi Nakhoda Ismail Lebai inilah namanya tamat al-kalam suatu pun tiada alamat tanda hayat hamba melainkan ada kain palang rusa buruk sehelai daripada hamba kepada tuan tanda harab  hamba akan akan tuan adanya tamat al-kalam bi al-khair aw ‘ala al-dawam



No comments:

Post a Comment