Saturday, May 16, 2020

Surat ikrar Francis Light (MS 40320/10, f.22) berkaitan penyerahan hamba dan rumah kepada Kapitan Muda (3 Rabiul Akhir 1198, Tahun Alif / 25 Februari 1784)

Qawluhu al-Haqq

Sanah 1198 tahun Alif pada tiga haribulan Rabiul Akhir pada ketika itu maka adalah Kapitan Laik Seri Dewa Raja waki[l]kan Kapitan Muda iaitu adik Janiku  

maka diwakikan segala budaknya laki perempuan kesemuanya diserah beri pada Kapitan Muda serta rumahnya sebuah itupun diserah beri pada Kapitan Muda juga tatkala Kapitan Laik waki[l]kan ini dihadapan Dato’ Maharaja Diraja dan Orang Kaya Raja Jaya Indera dan Nakhoda Alang Penghulu Dagang dan Cik Ngah anak Penghulu Jemala dan Cik Deraman wa katibuhu Hakim Seri Bijaya Muluk Panglima Kota tamat

No comments:

Post a Comment