Monday, May 4, 2020

Surat Long Ismail kepada Francis Light (MS 40320/8, f.100) berkaitan penghantaran kapur (3 Jamadil Akhir 1201, Jumaat, 23 March 1787)

Qawluhu al-Haqq wa Kalamuhu al-Sidq

Surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas yang tiada berkeputusan selagi ada perkitaran cakerawala daripada cucunda Long Ismail barang disampaikan Tuhan alam kepada nenda To’ Kapitan Laiq Dewa Raja Gurnador Pulau Pinang yang telah termasyhur gah kepujian pada segenap negeri sebelah timur dan barat 


ahwal maka inilah Adam teman cunda disuruh bawa kapur pergi hantarkan pada nenda banyaknya tengah lima koyan dan banyak jaknya empat ratus lima puluh jak pinta nenda suruh terima ambil disuruh ia berlayar balik mari segera jangan ia duduk bermain berlambatan di Pulau Pinang itu segala khabar dan pesan daripada cunda telah nyatalah kepada Tok Long gendala yang telah sudah cunda beri pergi dahulu dengan surat cunda itu ahwal inilah dinyatakan perbuat surat tiga hari bulan Jamadil Akhir hari Jumaat tamat

No comments:

Post a Comment