Ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati yang tiada berhingga dan tiada bermasa selagi ada kiranya dan serta perkisaran malam dan siang iaitu daripada Po Cut Lambak barang sampaikan oleh Tuhan sarwa sekalian alam apa kiranya kepada sahabat Gunnador yang beroleh kebesaran dan kemuliaan yang memerintahkan di bawah bandar kompeni dalam diwah negeri Pulau Pinang dan yang mengasih segala dagang wa ba’d
maka adalah seperti sepohon kayu di tengah padang rampak lagi rendang daunnya serta harum bunganya dan lagi baunya maka sekalian pun bernaunglah di bawahnya pada waktu tengah hari maka sekalian burung makanlah buah buahan maka angin pun bertiuplah lemah lembut maka terhamburlah baunya amat semerbak dan buahnya yang amat cati rasanya maka masyhurlah kepada segala anggota maka mengucap syukurlah sekalian yang bernaung bawahnya maka masyhurlah warta asalnya pada segala alam maka mengucap sahaya kepada tuhannya yang menjadikan semata sekalian alam sebab menengar perangai yang demikian itu adapun perahu hamba suruh belayar sebuah bantang Aceh hisinya lebih kurang dua tiga puluh kati dengan pinang kotak bagai janji tuan dengan hamba pada harganya pun sudah dalam surat janji kita dan lada pun ada sukat dua dan dikit dan barang lain pun jenisnya dan nama nakhoda ini nakhoda air masin dan perahu kain pun sampai dari belakang dua tiga buah lagi tiada putus datang dan akan harga pinang apa suka hati nakhoda tuan kasihkan dia jangan tuan beri lambat dalam sehari dua tuan sudah belayar jangan tuan beri anak perahu pergi ke Kedah jika nakhoda pergi tuan dengan sampan sehari dua dan tuan kasih akan hamba batu api barang seratus tuan beri kepada nakhoda itu walkillah hamba kepadanya tamat al-kalam bilkhairi
No comments:
Post a Comment