Friday, May 15, 2020

Surat Raja Lela Muda kepada Nakhoda Kecik (MS 40320/10, f.21) berkaitan kiriman Cik Mukmin dan Nakhoda Isma Yatim dan larangan menetak nibung dan kayu dalam Perai (17 Syawal, Ahad)

Qawluhu al-Haqq

Salam doa syerta ta’lim dan takrim itu daripada adinda Raja Lela Muda sampai kepada hadrat kekanda Nakhoda Kecik yang aziz al-karim amin ya rab al-‘alamin wa ba’d 

kemudian dari adinda takrifkan pada hadrat kekanda maka itulah saudara adinda Cik Mukmin dengan Nakhoda Isyma Yatim adinda suruh hantar syegera pada Dato` Gurnador sebuah adinda beri saja tiada berharganya minta dengan penolong hadrat kekanda syerba perkaranya pada saudara adinda itu Cik Mukmin kerana tiada tahu bahasya ada surat adinda beri pada Tok Gurnador minta hadrat kekanda lihat jika baik kekanda nyatakan pada Dato’ itu kerana adinda tiada tahu basyanya  sebagai adinda minta periksya pada hadrat kekanda orang yang membuat fitnah pada adinda mengata adinda melarang orang menetak nibung dan atab  dan kayu dalam Perai sekira2 tiada adinda larangkan menyebut larang pun tiada tiba2 datang fitnah atas adinda saja orang dengki pada adinda ahwal inilah adinda maklumkan suatu pun tiada tanda hayat daripada adinda hanyalah nyiur muda empat biji nyiur manis empat biji perbuat surat ini pada tujuh belas hari bulan Syawal hari Ahad tamat

No comments:

Post a Comment