Tuesday, May 26, 2020

Surat Saudagar Raja kepada James Glass (MS 40320/10, f.95) berkaitan barang dari China (17 Jamadil Akhir, Jumaat)

Surat tulus ikhlas daripada beta Saudagar Raja sampai kepada sahabat beta Kapitan Glas yang bijaksana 

ahwal maka adalah tersebut di dalam surat sahabat beta kata hendak berlayar ke negeri Cina maka barang kehendak beta suruh nyatakan pergi pada sahabat beta hendak cahari bawa mari maka kehendak beta tiada sesuatu hanyalah sahabat beta pergi balik mari dengan sejahteranya maka titah Yang Dipertuan Yang Maha Mulia suruh buat surat nyatakan pada sahabat beta suruh cahari bawa mari dari negeri Cina itu atau barang di mana cermin besar barang dua belas biji itulah ukurnya buluh besar itu panjangnya dan buluh kecik itu lebarnya minta sahabat beta cahari bawa mari demikian lagi kaki dian yang bubuh di tiang rumah itu barang tiga puluh mana harganya cermin itu dan kaki dian itu tiada beta salahkan maka itulah beta beri pergi pada Marikan ayam lima puluh ekor dan surat putus menebas budak itu pun sepucuk minta sahabat beta terima ambil maka harganya itu tiada beta mau terima sahaja hadiah beta akan sahabat beta jika boleh budak baik barang dua orang seperti kehendak sahabat beta baharulah puas hati beta ahwal itulah beta maklumkan perbuat surat tujuh belas hari bulan Jamadil Akhir hari Jumaat tamat

No comments:

Post a Comment