Daulat tuanku beribu2 ampun patik Seri Maharaja Dewa hamba yang hina berdatang sembah ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik maklumkan
ahwal adalah Kapitan Laik mari muafakat dengan patik katanya beras barang yang ampun kurnia Yang Maha Mulia itu ia hendak terima maka akan beras di luar pada tempat yang lain pun ia hendak cahari beli pada seorang sekoyan dua barang yang bolehnya supaya bangat sudah ampun tuanku jika dilimpah ampun ia pohonkan kurnia titah Yang Maha mulia barang sebaris boleh ia tunjuk pada orang yang jual beras itu dibeli himpunkan siap berlayar berdan dengan musimnya ahwal inilah patik maklumkan ampun tuanku daulat sa’adat bertambah2 ‘ala al-dawam
Bahawa akan beras dipinta Kapitan Laik Dewa Raja itu dibenarkanlah ia beli sendiri disuruhlah ia taruh suatu tempat apakala ia hendak berlayar boleh disuruh sukat dikira hasil mangsulnya seperti adat hubaya2 tamat
No comments:
Post a Comment