Tuesday, May 5, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/8, f.105) berkaitan penghantaran beras (9 Ramadhan 1201, Isnin, 25 Jun 1787)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


ahwal itulah beras makanan teman2 sahabat beta2 suruh cucu beta itu Long pergi hantar pada sahabat beta turut seperti janji beta dengan sahabat beta pada sebulan tiga koyan sukatan gantang pada segantang lima kati dengan kati empat likur rial maka beta pinta janganlah sahabat beta susah suruh Jaga2 mari terima ambil di Kuala Kedah ini jadi malulah beta pada segala orang dagang dan menteri pegawai beta seperti tersebut dalam surat beta beri pergi dahulu itu akan harga beras itu sahabat beta serahkan pada cucu beta itu sebermula akan cucu beta itu tiada ia ketahui adat perintah orang putih itulah beta pinta pada sahabat beta nyatakan pada segala panglima supai itu jangan dipegang segala supai2 buat huru hara di jalan supaya mudah beta suruh pergi pada sahabat beta pada kemudian harinya maka itulah dinyatakan pada sahabat beta perbuat surat pada sembilan haribulan Ramadhan hari Isnin tamat

No comments:

Post a Comment