Monday, May 4, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/8, f.92) berkaitan penangguhan surat ke Benggala (17 Syaaban, Jumaat)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


maka adalah surat sahabat beri mari itu sudahlah sampai kepada beta tersebut dalamnya sahabat minta surat beta hendak beri pergi ke Benggala maka perintah itu beta bertangguh sementara mari Laksamana dari Perlis boleh beta suruh Laksamana pergi kepada sahabat beta menentukan perintah surat itu ahwal itulah beta nyatakan kepada sahabat beta perbuat tujuh belas haribulan Saaban hari Jumaat tamat

No comments:

Post a Comment