Tuesday, May 5, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/8, f.103) berkaitan penghantaran beras (28 Syaaban, Jumaat)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


ahwal akan surat sahabat beta beri mari perintah beras lima koyan yang dibawa Cik Long Ismail itu maka yang sampai pada sahabat beta hingga sekoyan sahaja demikianlah perintah sehari2 ini jadi berlambatan segala kerja maka dahulu pun sudah beta nyatakan pada sahabat beta demikian lagi akan beras makanan rakyat itu pun beta beri pergi bersama2 dengan beras sahabat beta itu inilah beta nyatakan sahabat beta perbuat surat dulapan likur bulan Saaban hari Jumaat tamat

No comments:

Post a Comment