Monday, May 4, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/8, f.96) berkaitan kedudukan orang Patani (17 Rejab)

Al-Mustahaqq

Surat kasih sayang beta kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


adalah perintah orang Patani yang masuk mari ke negeri beta ini maka sudah beta muafakat dengan menteri pegawai tiada dibenar jual jadikan hamba dalam ini jika ada orang bawa Patani sebelah laut jika tiada dengan surat beta maka sahabat beta ambil jadikan rakyat di Pulau Pinang itu jika ada membawa surat anak raja raja dan surat menteri hulubalang beta pun janganlah sahabat beta pakai kerana sudah janjinya kesemuanya demikian itu inilah dinyatakan buat surat tujuh belas bulan Rejab tamat

No comments:

Post a Comment