Saturday, May 2, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/8, f.73) berkaitan pembelian beras (Sabtu, 17 Rejab)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


maka adalah surat sahabat beta beri mari serta kertas baik suatu bungkus pada Orali itu sudahlah sampai kepada beta maka kemudian ini sampai surat sahabat beta nyatakan orang kapal (mim-kaf-wau) pinta beli beras seratus koyan dalam sebulan itu tiadalah boleh kerana padi bendang tahun ini jadi sedikit sahaja di dalam itu pun barang yang dapat boleh beta tolong harganya pada sekoyan lima puluh rial orang kapal (mim-kaf-wau) itu mari terima di Kedah ini maka akan kerja berjual beras itu tiadalah berapa beta suka sebab padi beras tiada banyak dalam negeri maka segala pas beta nyatalah pada anak beta itu Cik Awi perbuat surat tujuh belas haribulan Rejab hari Sabtu tamat

No comments:

Post a Comment