Ya Aziz
Nenda Kapitan Lat Dewa Raja Gurnador Pulau Pinang maklumkan ke hadrat cucunda Wan Long Ismail yang aziz al-karim
ahwal surat cucunda dibawa Wan Long Kecik itu sampailah pada nenda dengan sempurnanya maka segala yang tersebut dalamnya fahamlah nenda maka khabar cucunda sakit itu maka nenda sangatlah susah hati bermula akan rotan itu sudahlah nenda terima ambil banyaknya seribu tiga ratus dan beras sekoyan dua ratus enam puluh gantang maka akan rotan cucunda itu sangat buruk lagi kecik gulungnya syahadan cucunda kehendaki barang2 itu boleh sedikit2 pertama2 air mau lima kaca dan kain pedendang empat kayu dan gandum satu guni dan kikir besi enam bilah sekalian yang tersebut ini diserah kepada Wan Long Kecik belaka maka timah hitam cucunda kehendaki itu tiada sekali pada nenda maka akan beras itu barang kali kurang boleh nenda beri surat pinta ahwal inilah nenda maklumkan perbuat surat pada dua likur hari bulan Safar hari Khamis tamat
Francis Light
14 Dec 86
No comments:
Post a Comment