Friday, May 1, 2020

Surat Laksamana Perak kepada Francis Light (MS 40320/8, f.64) berkaitan budak nakhoda Po Ali, Selasa, 1204H (1790/1791)

Bahawa maka inilah surat tulus dan ikhlas serta kasih sayang yang tiada berkeputusan selagi ada cakerawala matahari dan bulan iaitu daripada Dato’ Laksamana di negeri Perak Darul Ridhwan barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya kepada sahabat saya Dato’ Gurnador Yang Maha Mulia memerintahkan negeri Pulau Pinang yang amat arif bijaksana pada segala handai taulannya lagi masyhur pada segenap jajahan dan lagi barang dilanjutkan Allah Azza wa Jalla umur dan zamannya amin amma ba’dah 

kemudian daripada itu ahwal seperti warqat al-as daripada Dato’ itu telah fahamlah saya segala yang tersebut di dalamnya itu seperti budak Nakhoda Po Ali itu telah sudah saya siasat di dalam negeri negeri Perak tiada mendengar khabarnya maka inilah saya takrifkan kepada Dato’ kemudian jikalau ada ia dalam Perak saya tangkap saya suruh antarkan ke hadrat Dato’ kemudian lagi daripada itu maka adalah malim sulap seorang Perangsis dan kelasi empat orang dia hendak ke Pulau Pinang saya suruh bawa kepada Cik Latib sampaikan ke hadrat Dato’ dan nakhodanya seorang tinggal di Perak dia hendak mudik kemudian lagi saya minta bicarakan papan gergaji barang berapa dikehendaki cik Latib itu kepada Dato’ akan hal harganya kepada cik Latib itu tamat pergi surat hari Selasa pada sanah 124 bi al-khair wa al-salam

No comments:

Post a Comment