Friday, May 1, 2020

Surat (MS 40320/8, f.66) berkaitan perkahwinan Nakhoda Kasib bernikah dengan Khatijah, 26 Rabiul Awal 1209, tahun2 Zai, Selasa (21 Oktober 1794)

Sanah 1209 tahun2 zai pada enam likur hari bulan Rabiul Awal hari Selasa 


bahawa pada ketika itu ini pada menyatakan adalah Nakhoda Kasib Mir Lebai nikah dengan anak Cina Pali bernama Khatijah belanjanya tiga kamping kain dua helai tunai dibawa Nakhoda Kasib akan isi kahwinnya setail sepaha dipertangguh oleh Nakhoda Kasib dan lagi jikalau ada datang tentu raja menteri di atas Khatijah dia sanggub oleh sebat dengan Nahkoda Kasib demikianlah perjanjian kedua mereka itu
Hutang bapaknya Cina mana yang seta pada hukum tuha muda
Dan lagi jikalau ada orang datang menutut pehutang di atas bapaknya cina Pali sebab dengan hukum raja menteri mana tertanggung hutang di atas cina Pali itu disanggub oleh sebat dengan Nakhoda Kasib hendak bayar hutang itu demikianlah perjanjian kedua mereka itu maka inilah diperbuat surat nikah

(belakang surat)
Daulat Tuanku Shah Alam Zillullah fi al-‘alam ampun tuanku patik Abdul Latif hamba yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah pada ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik memohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah sudi terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku patik maklumkan ahwal diri patik ini hendak berlayar ke negeri Keling karena patik menengar khabar gajah baik harga tahun ini ampun tuanku jika ada limpah ampun patik pohonkan kapal tiang tiga itu jika Yang Maha Mulia hendak jual pun patik beli jikalau Yang Maha Mulia hendak sewa pun patik ambil juga karena patik sudah himpun gajah banyak tahun ini

No comments:

Post a Comment