Friday, November 13, 2020

Surat cit Laksamana Kedah kepada Syahbandar dan Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Laksamana (MS 40320/7, f.130) berkaitan lanun (12 Rejab)

Surat cit adinda Laksamana sampai pada kekanda Syahbandar Seri Pikrama Raja maka adalah pagi Sabtu ini mari orang dari Salang nyatakan khabar pesan Raja Setia Lela kata perahu orang jahat tambah dua buah pulak jadi tujuh buah 


maka perahunya itu besar2 belaka katanya boleh kekanda berdatang sembah maklumkan ke bawah duli baginda Yang Maha Mulia akan perintah kuala ini sudah adinda suruh pergi kerah orang suku Kubang Rotan dan suku orang Pampang mari tunggu ingat2 di kuala ini ahwal inilah adinda nyatakan tamat


Bahawa surat saudara hamba beri mari pada Syahbandar ini sudahlah dimaklumkannya pada hamba maka perintah itu hendaklah saudara hamba tunggu jaga kuala itu jangan dialpakan barang yang tiada baik baiki jangan pencuri itu masuk tengah malam dinihari jadi gempar teman kita akan perahu barang yang ada itupun disuruh siapkan taruh barang ketika sesuatu kerja tiadalah gendala akan Gurnador Pulau Pinang pun saudara hamba beri surat nyatakan perintah orang jahat itu hubaya2 buat surat dua belas hari bulan Rejab tamat

No comments:

Post a Comment