Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang daripada Saudagar Raja sampai pada Gurnador Pulau Pinang
ahwal adalah hadrat Dato’ Laksamana menunggu beta kata Gurnador sudah menunggu pada beta fasal ambilan beta pada Kapitan Uskat maka selama ini tiada pernah Gurnador suruh menunggu pada orang lain maka sekarang dikerasi Dato’ itu kehendaki maka pada ketika ini kapal2 Keling tengah hendak berlayar timah2 dari Kuala Muda pun tiada boleh mari kerana camar di laut maka daftar ambilan beta pun ada bersalahan sedikit inilah beta minta bertangguh sementara kapal Keling ini berlayar lagi ada padi sedikit lebih kurang sepuluh koyan pinta beri mari perahu terima ambil ahwal inilah beta nyatakan diperbuat surat sehari bulan Rabiul Akhir tamat
No comments:
Post a Comment