Tuesday, November 17, 2020

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.140) berkaitan penghantaran lembu 12 ekor (Khamis, 2 Syaaban)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas daripada Laksamana sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang duduk dalam pelihara Tuhan sarwa alam 


kemudian dari itu maka itulah Mir beta suruh hantar lembu dua belas ekor disuruh pergi ambil ke Lengau pinta beta suruh suruh terima ambil dengan harga yang baik sedikit boleh suka hati ia apa boleh hendak disuruh pergi ambil lagi pinta sahabat beta balas surat ini nyatakan mari baik harga yang diserahkan pada Mir ini boleh beta ketahui mudah dibahagi beri pada segala temannya yang pergi ambil itu pergi surat ini dua hari timbul bulan Syaaban hari Khamis tamat

No comments:

Post a Comment