Tuesday, November 17, 2020

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.142) berkaitan hutang Hasan Kandu (3 November 1789)

 Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Saudagar Raja menrafakkan sembah maklumkan pada ke bawah qadam Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi arif bijaksana telah masyhur ke mana2 


kemudian daripada itu ahwal adalah Hasan Kandu mengambil rial pada hamba Dato’ dahulu lima ratus rial dan baharu diambil lima ratus rial kedua fasal ini jadi seribu rial pinta qadam Dato’ tolong keluarkan rial itu bayar akan Kapitan Uskut kerana banyak sangat hutang hamba Dato’ pada kapitan itu telah haraplah hamba Dato’ akan penolong qadam Dato’ keluarkan rial daripada Hasan Kandu itu bayar akan Kapitan Uskut jika Hasan Kandu itu perbuat lokek pinta qadam Dato’ ambil tubuhnya itu beri mari boleh hamba Dato’ keluar ambil rial hamba Dato’ seribu itu haraplah hamba Dato’ akan qadam Dato’ tolong beri mari Hasan Kandu itu ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment