Thursday, November 12, 2020

Surat Encik Tim Selangor kepada Nakhoda Po Cat (MS 40320/7, f.127) berkaitan hutang Po Cat

 Qawluhu al-Haqq

Bahawa inilah surat tulus ikhlas suci putih hati iaitu daripada Encik Tim di dalam negeri Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada Nakhoda Po Cat yang ada di Pulau Pinang 


adapun kemudian daripada itu barang tahu kiranya Nakhoda Po Cat akan hal utang Nakhoda Po Cat kepada hamba harga kain putih itu banyaknya lima puluh rial perjanjian Nakhoda Po Cat dengan hamba tiga bulan sahaja sekarang dua tiga tahun sudah lamanya melainkan hendaklah Nakhoda Po Cat serahkan kepada tangan Encik Keling yang membawak surat ini karena dialah wakil mutlak hamba akan menerima rial itu hubaya2 jangan tiada Nakhoda Po Cat serahkan juga rial itu kepada tangan Encik Keling tamat al-kalam bi al-khair wa salam

Itu kerana sahaya suruh tunggu kepada Nakhoda Po Cadik kata Nakhoda Po Cat sudah dibayar kepada tengas dengan Raja Muda maka sahaya tanya Raja Muda tiada ianya menerima tepul pun tiada menerima jadi salahlah raja itu rial pun tiada aku menerima rial itu

No comments:

Post a Comment