Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada Tenku Ibrahim sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur ke mana2
kemudian daripada itu barang tahu sahabat beta ahwal adalah Cina Baba Cang Hin dan Cina Cik Kai iaitu Kapitan Tuha dan Nakhoda Long Ramba dan Lebai Abdul Latif berhutang kepada ayah beta To’ku Raja Cenak ada dengan daftar tentu banyak hutangnya itu maka keempat mereka itu pergi duduk di Pulau Pinang empat lima tahun sudah lamanya tiada ia mau hantar mari rial itu maka inilah beta suruh tuan Sayid Yasin dan Nakhoda Panjang bawa daftar itu mendapatkan sahabat beta pinta sahabat beta tolong keluarkan hutangnya seperti daftar itu serah beri mari pada Tuan Sayid Yasin dan Nakhoda Panjang jika tiada boleh emas tubuh mereka itulah sahabat beta beri mari demikian lagi ada budak beta tiga orang perempuan dua orang bernama Dewi dan Timan dan laki laki seorang bernama Nahu ketiganya lari pergi duduk di Pulau Pinang itupun pinta dengan penolong sahabat beta juga ambil budak beta tiga orang itu serah beri mari pada tuan Sayid Yasin dan Nakhoda Panjang jadi besarlah penolong sahabat beta akan beta ini jika ada barang kerja sahabat beta di Kedah ini jika sahabat beta beri mari surat atas tanggungan beta ini boleh beta jadikan kerja itu beri pergi pada sahabat beta sebermula tukang larik berhutang dua puluh rial dan suatu fasal lagi enam puluh rial itupun sahabat beta tolong periksa keluarkan serah beri mari dan Raja Dayang itupun banyak berhutang kepada ayah beta jika ia ada di Pulau Pinang itu sahabat beta suruh ia mari bersama2 tuan Sayid Yasin itu juga boleh hendak berkira2 segala ambilannya itulah beta nyatakan pada sahabat beta pergi surat pada dua puluh hari bulan Muharam tamat
No comments:
Post a Comment