Surat cit daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana
ahwal akan surat Tuan Gurnador beri mari dibawa Kapitan Makuk itu tersebut dalamnya Tuan Gurnador pinta suruh beri beras akan Kapitan Makuk lima puluh koyan dan beras Tuan Gurnador yang pada perhamba itupun disuruh muat dalam kapal itu beri pergi maka perjanjian Kapitan Makuk hendak muat beras Tuan Gurnador itu dua puluh koyan kemudian ia terima beras duli baginda Yang Dipertuan itu empat puluh dua koyan sahaja yang baki lagi dulapan koyan itupun tiada mau diterima akan beras Tuan Gurnador perjanji Kapitan Makuk hendak muat bawa pergi dua puluh koyan itupun tiada mau diterima kerana katanya sudah musim salah ia hendak berlayar itulah perhamba nyatakan pada Tuan Gurnador pergi surat hari Isnin lima belas hari bulan Ramadhan tamat al-kalam tamat
No comments:
Post a Comment