Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang daripada Raja Cenak sampai kepada sahabat hamba Kapitan Laik Dewa Raja yang istirehat dalam negeri Salang
maka adalah Nakhoda Selatan nyatakan hamba segala perihal kelakuan perintah sahabat hamba dalam negeri Salang dikasih Raja Menteri orang besar negeri Salang pada sahabat hamba itu maka jadi sukacitalah hamba yang demikian itu barang jadi kekal selama lamanya boleh tempat hamba berkehendak barang sesuatunya daripada jalan perniagaan suruh menyuruh pergi mari jangan berputusan serta tolong menolong akan penyuruh hamba Nakhoda Selatan itu bawa dagangan sedikit2 hendak dicuba dahulu dari kerana takut akan orang jahat cahari buat cemar di jalan laut maka jadilah diberi sedikit modal maka barang kiranya sahabat hamba tolong barang kehendak Nakhoda Selatan itu serta hal ahwalnya sahabat hamba pelihara dengan bersungguh2 ambil jadi kasih beri berpanjangan selagi ada kitaran cakerawala demikianlah maksud hamba maka segala pesan dan khabar nyatalah pada Nakhoda Selatan boleh periksa segala perkaranya tiadalah hamba panjangkan kalam pergi surat pada sanah 1188 tahun2 waw pada sembilan belas haribulan Ramadhan hari Khamis tamat al-kalam
Bermula masa Selatan pergi dahulu hamba beri surat akan sahabat hamba tiada datang balasnya maka itulah kiriman hamba sepuluh kati leban akan jadi suluh camuk tamat
No comments:
Post a Comment