Sunday, November 8, 2020

Surat Paduka Maharaja Adinda kepada Francis Light (MS 40320/7, f.114) berkaitan penghantaran lembu (Isnin, 21 Zulkaedah)

Qawluhu al-Haqq

Surat kasih sayang tulus ikhlas dan muafakat yang sudi daripada beta Paduka Maharaja Adinda sampai kepada pihak sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana lagi dermawan pandai mengabil kasih sekalian handai dan taulan barang ditatabkan Tuhan langit dan bumi perangai mikian itu 


kemudian daripada itu adalah beta menyuruh Nakhoda Cik Ahmad menantu Nakhoda Husain Naina serta dengan temannya sebuah perahu bermuat lembu sebelas kepala pergi pada sahabat beta hendak dijual pinta dengan penolong kasih sahabat beta boleh turut harga jualan dahulu serta pinta dengan kasih sahabat diberi segera Nakhoda Cik Ahmad itu balik mari pada beta boleh disuruh pergi mari seperti yang telah lalu di dalam itu akan lembu itu jika sahabat beta berkehendak lagi boleh lagi beta tolong bicara kasih pergi empat lima puluh kepala disuruh Nakhoda Husain Naina bawa pada sahabat beta dan teman2 beta yang lain pun boleh disuruh dengan nama beta maka akan harga lembu itulah yang hendak diberi pergi kemudian itupun beta pinta sahabat beta tetabkan seperti harga jualan dahulu itu juga mana yang lembu daripada beta ini maka akan Nakhoda Husain Naina itupun di dalam beta duduk siapkan sampai balik mari Nakhoda Cik Ahmad itu disuruh belayar pergi pula Nakhoda Husain Naina itu pada sahabaat beta sebermula mudah mudahan beta pinta kasih senapang Pekin yang baik sepucuk beta hendak pakai sendiri kasih beri mari Nakhoda Cik Ahmad ini tentukan dengan harga kemudian boleh dikasih beri pergi pada Nakhoda Husain Naina sampaikan sahabat beta adalah hadiah beta tanda hidup akan sahabat beta anyur lima puluh butir tiadalah dengan sepertinya pinta sahabat beta terima ambil buat surat hari Isnin selikur bulan Zulkaedah tamat al-kalam 


No comments:

Post a Comment