Ini surat serta tulus dan ikhlas serta suci hati yang tiada tirai dan dalamnya iaitu daripada Sayyidina wa Mawlana Khalifat al-Mukminin Khallad Allah Mulkah wa al-bikh lah wa kamalah walatah wa zad dafadlah barang disampaikan Tuhan ilah al-Rahman jua kiranya kepada pihak sahabat kita Gurnador Kapitan Lat dan yang telah dipeliharakan Tuhan Hannan al-Mannan jua kiranya daripada segala mara bahaya seterunya serta bertambah2 selamat atasnya amin wa ba’du
ada pun kemudian dari itu barang diketahui oleh Gurnador Kapitan Lat akan surat serta hadiah yang dibawak oleh Kapitan Piyurat itu telah disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala dengan sejahteranya akan sekarang pun akan lada yang dihimpun beli oleh Gurnador itu dikurnialah oleh hadrat Shah Alam mana sekadar yang dapat yang ada demikianlah tamat al-kalam wa katibuhu Karkun
No comments:
Post a Comment