Wednesday, November 4, 2020

Surat Raden Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/7, f.102) berkaitan Sayid Akil belajar berniaga bersama Saudagar Mirangkandu (Isnin, 25 Syawal)

Al-Mustahaqq

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Raden Muhamad barang disampaikan Tuhan alam kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang telah termasyhur gah kepujian sangat pandai pada memerintah laut dan darat serta dengan arif bijaksana mengasihani segala anak dagang 


ahwal adalah beta suruh anak beta ini Sayid Akil pergi mendapat sahabat beta2 suruh ia pergi mencahari makan berlajar jual beli sedikit2 ditinggalkan ayahnya tuan Sayid Abdul Rahman ‘Aidid ‘alaih al-rahmat wa al-ghufran ia budak sangat tiada pernah dibawanya suruh berjual beli jadi tiadalah suatupun ditahunya perintah jual beli berniaga itu maka sekarang ini anak beta Sayid Akil ini beta serahkan pada sahabatlah pinta ajar tegur serta beta pinta tolong daripada barang suatu hal ahwal kesekiannya maka diberi ia pergi duduk bersama To’ Saudagar Mirangkandu maka semata2 haraplah beta dengan penolong sahabat beta anak beta ini membela daripada segala perkaranya supaya boleh segera ia berulang pergi mari pada sahabat beta dan beta ahwal inilah beta nyatakan perbuat surat lima likur bulan Syawal hari Isnin tamat al-kalam 

sebagai lagi hendaklah sahabat beta kirim karung barang seribu boleh beta taruh beras apakala sampai suruhan sahabat beta hendak menerima beras boleh sahabat beta beri beras serta karungnya sekali itulah dinyatakan tamat

No comments:

Post a Comment