al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas daripada Laksamana sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang
maka adalah surat sahabat beta menyatakan mari teman beta nama Rasib pergi bersama2 Mir maka berjumpa dengan tuan emasnya nama Ja’far maka Rasib itu dua tiga orang sudah mari tuntut dirinya itu maka tiada beta lepas kerana tiada bertentuan maka ini ia sudah mengaku hutangnya dua puluh rial seperti tersebut dalam surat sahabat beta itu maka Rasib ini asalnya dibawa teman To’ku Raja Cenak nama Nakhoda Ngah Tansur maka oleh Nakhoda Ngah Tansur beri mari dengan temannya dari Perai ke Kedah cari beli beras maka diketahui To’ku Raja Cenak disuruh beta pegang segala harta Nakhoda Ngah Tansur ini kerana hutangnya banyak pada To’ku ini maka Rasib ini lari dibawa Nakhoda Ngah Tansur dari Batu Bahara beta ketahui pegang ambil taruh ikut adat maka ini oleh Nakhoda Sarif anak Batu Bahara juga duduk tuntut Rasib ini juga pada beta maka Nakhoda Sarif pun dalam sehari dua lagi hendak pergi ke Pulau Pinang barang kali sampai boleh sahabat beta perhadap dengan Ja’far itu Nakhoda Sarif ini supaya tentu fasal Rasit itu akan tubuh Rasib itu pinta sahabat beta beri mari pada Mir ini jika sudah tetap pada Ja’far itu Rasib ini pinta sahabat betalah kirakan bayar dahulu mana yang lebih daripada adat beta kemudian boleh beta bayar inilah dinyatakan perbuat surat ini enam hari bulan Rabiul Awal tamat
No comments:
Post a Comment