Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada Tenku Raden Muhamad mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur perangai yang sempurna
kemudian dari itu ahwal adalah pada suatu hari ada Kapitan Uskut kata kepada beta ada ambil duli Yang Dipertuan sedikit maka sudah beta maklumkan pada ke bawah duli baginda maka keluar titah suruh Setia Raja dan Saudagar Mirangkandu pergi pada sahabat beta berkira2 ambilan duli baginda dan ambilan bayaran Saudagar Raja beri tentu itulah Setia Raja dan Saudagar Mirangkandu pergi pinta sahabat beta nyatakan pada Kapitan Uskut suruh berkira2 segala ambilan dan bayaran dengan fasalnya beri tentu supaya jadi kemudahan pada hari kemudian maka Setia Raja dan Saudagar Mirangkandu itu banyak kerja di negeri ini itulah beta pinta sahabat beta beri pulang mari segera dan sebermula adalah budak Saudagar Raja bernama Rejab lari pergi duduk di Pulau Pinang itu pinta sahabat beta tolong suruh ambil serahkan kepada Setia Raja bawa mari inilah beta nyatakan perbuat surat hari Khamis enam hari bulan Rabiul Awal tamat
No comments:
Post a Comment