Wednesday, November 25, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.164) berkaitan aduan Bijaya Indera terhadap orang Cina (6 Rejab)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


bahawa adalah mengadu Bijaya Indera pada beta kata ada orang Cina nama Anlab buat angkara akan Dato’ Bijaya Indera nama Mek Kim maka suruh panggil Cina Anlab periksa maka diakunya kata sungguh dirinya buat angkara itu maka beta hendak suruh selesaikan maka Cina Anlab itu lari pergi ke Pu Pinang maka sekarang ini kata Bijaya Indera sahabat beta suruh panggil dirinya hendak selesai perintah Cina Anlab hendak berkelahi dengan bapa keponakan Bijaya Indera ini maka itulah Bijaya Indera beta beri pergi pada sahabat beta boleh sahabat beta suruh selesaikan dengan segeranya itulah beta nyatakan pada sahabat beta perbuat surat pada enam haribulan Rejab tamat

No comments:

Post a Comment