Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana
ahwal akan sahabat beta pesan anak beta Raja Raden Muhamad suruh pergi hendak berjumpa ada bicara jalan kebajikan itu maka beta ini pun sangatlah kesukaan mendengar yang demikian itu sahabat beta menunjukkan ikhlas putih hati maka inilah anak beta itu beta beri pergi pada sahabat beta boleh sahabat beta muafakat pada jalan kebajikan barang yang patut itu dengan putih hati sahabat beta dengan beta inilah beta nyatakan pada sahabat beta supaya jangan berputusan kasih sahabat beta dengan beta ini maka akan bandar beta ini lamalah sudah sunyi tiada perahu dagang masuk mari berniaga jual beli maka perintah itu pun barang yang patut pada sahabat beta muafakatlah dengan anak beta itu pulangkan sedia seperti keadaan masa Paduka Marhum sahabat beta perintahkan ramai bandar ini maka piutang beta di Pulau Pinang itu beta suruh anak beta itu pergi tunggu maka dengan penolong sahabat beta maka boleh segera keluar arta beta itu ada dengan daftarnya beta beri pergi perbuat surat ini pada hari Khamis tiga puluh haribulan Muharam pada sanah 1206 tahun2 alif tamat al-kalam tamat
No comments:
Post a Comment