Ya Qadiya al-Hajat
Ini surat tanda Tuan Sayid Uthman bersahabat dengan Kapitan Benggal tatkala bertemu di selat Lembajan
adalah perjanjian asal ada tanda surat kepada Kapitan Benggal nama Tuan Sayid Uthman barang di laut mana ada bertemu sekalian dagangan yang ada Tuan Sayid Uthman bawa2 melainkan Kapitan Benggal ambil dengan harga sepatutnya jikalau tiada bertemu dengan Kapitan Benggal sekalipun asal ada kapitan yang disurat oleh Kapitan Benggal dengan ada tanda surat Tuan Sayid Uthman sekalian kapitan itu melainkan semuanya itu menjadi sahabatlah kepada Tuan Sayid Uthman dengan sukanya samalah berjual beli itulah perjanjian Kapitan Benggal dengan Tuan Sayid Uthman kepada tujuh hari bulan Safar kepada hari Khamis waktu pukul sembilan tamat al-kalam bi al-khair wa al-salam
Itulah perjanjian Tuan Sayid Uthman bin Ja’far yang ada duduk di dalam nenggeri Terengganu Darul Khusus
No comments:
Post a Comment