Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas daripada Paduka Seri Maharaja Lela kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana kemudian dari itu perhamba pinta tuan Gurnador beri mari kain kesari yang baik sekayu dan kain pedendang ungu yang baik sekayu dan kain cindai panjang enam hasta yang baik sehelai pinta serupakan sedikit harganya itu serahkan pada Pandak dan kesahan itu bawa mari sudah lepas bulan puasa perhamba suruh hantar harganya kain tiga jenis itu perbuat surat hari Jumaat sehari bulan puasa tamat
No comments:
Post a Comment