Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada perhamba Saudagar Raja sampai kepada tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2
kemudian daripada itu ahwal jika ada kasih tuan di atas perhamba2 pinta tolong pada tuan opiun yang baik barang dua puluh peti dengan harga serupa sedikit serta tuan tolong muat dalam kapal yang hendak beri mari terima beras ini diberi mari maka harganya itu perhamba himpunkan rial dan timah dan beras lembu dan barang berkehendak tuan itu boleh perhamba serah pada penyuruh tuan itu beri pergi bayar akan tuan beri selesaikan segera ahwal inilah perhamba takrifkan perbuat surat hari Khamis enam belas hari bulan Jamadil Akhir tamat al-kalam tamat
No comments:
Post a Comment