Sunday, November 1, 2020

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.95) berkaitan timah, lembu dan opium (Khamis, 10 Syawal)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada perhamba Saudagar Raja sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 


kemudian daripada itu ahwal surat Tuan dibawa Kapitan Jaga2 itu telah sampailah pada perhamba maka barang yang ada timah dan lembu itu perhamba serah tengah ia duduk bermuat boleh perhamba beri pergi surat pada Kapitan Jaga2 tentukan banyaknya timah dan lembu itu maka ini perhamba suruh Nakhoda Husna Marikan pergi mendapatkan tuan perhamba pinta pada tuan opiun yang baik barang dua puluh peti dengan harga serupa serta perhamba pinta tuan tolong muat dalam Jaga2 beri mari harganya itu perhamba himpun timah dengan rial dan barang2 tuan kehendak itu perhamba beri pergi bayar selesaikan ahwal inilah perhamba maklumkan perbuat surat sepuluh hari bulan Syawal hari Khamis tamat al-kalam tamat

No comments:

Post a Comment