Tuesday, November 24, 2020

Surat Tenku Perempuan kepada Francis Light (MS 40320/7, f.161) berkaitan pembelian kapas (Selasa, 21 Zulkaedah)

Qawluhu al-Haqq

Surat tulus ikhlas daripada senda Tenku Perempuan sampai kepada Dato’ Gunador Raja Pulau Pinang yang di dalam pelihara Allah Ta’ala 


ahwal jika ada kasih Dato’ senda pinta beli kapas suatu bendala hendak berguna jika boleh pinta Dato’ balas surat senda ini serta tentukan harganya boleh senda beri teman pergi terima ambil serta bawa harga selesaikan telah harablah senda akan bolehnya dengan penolong Dato’ sebermula suatu pun tiada kiriman senda hanyalah ayam seratus ekor dan buah limau dua puluh pinta Dato’ suruh budak2 terima ambil kerana pada tahun ini tiada jadi buah2 ahwal itulah senda nyatakan perbuat surat selikur bulan Zulkaedah hari Selasa tamat

No comments:

Post a Comment