Surat cit daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang bijaksana lagi arif
ahwal itulah daftar perhamba beri pergi dibawa Nakhoda Tambi Kecik di dalam itu perhamba kirakan beras itu cukup lima puluh koyan harganya beras yang tengah tiga koyan diterima Kapitan Glas di Kuala Bahang ini dengan harga tengah lima puluh rial kerana tiada suatu belanja perhamba lain daripada itu dengan harga lima puluh rial demikianlah tuan Gurnador kirakan beri tentu berapa banyak beras dan berapa banyak rial lagi di atas perhamba ini tentukan buat surat beri mari pada perhamba ada timah sedikit lagi datang timah dari Kuala Muda apakala sampai timah itu kesemuanya perhamba hantar pergi bayar akan tuan Gurnador ahwal inilah perhamba nyatakan pergi surat sembilan likur hari bulan Zulkaedah tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment