Sunday, November 29, 2020

Surat Laksamana Perak kepada Francis Light (MS 40320/7, f.176) berkaitan pembelian garam

 Ya Waliy al-Hasanat

Surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada cakerawala nur al-shams wa al-qamar fi al-lail wa al-nahar daripada Laksamana Negeri Perak Darul Ridwan barang disampaikan Allah ‘Azz wa Jalla apalah kiranya kepada sahabat saya Gurnador Yang Maha Mulia merintah dalam negeri Pulau Pinang beroleh taufiq dan hidayat serta sihat dan afiat daripada Tuhan kita hannan al-mannan amin amma ba’dah 


kemudian daripada itu akhwal adalah saya menyuruhkan saudara saya Nakhoda Manjung kepada sahabat saya akan hal surat sahabat saya yang dibawa Nakhoda Kok telah sampailah dengan sempurnanya kepada saya sudah selesai dibayarnya utang saya kepada sahabat saya fahamlah saya segala yang tersebut di dalamnya kemudian maka inilah saya suruhkan saudara saya kepada sahabat saya Gurnador saya minta utangi garam barang dulapan koyan jikalau sudah sahabat saya beri garam itu sahabat saya beri surat kepada saya boleh tentu banyaknya utang saya kepada sahabat saya tamat

No comments:

Post a Comment