Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang dan tulus ikhlas suci putih hati serta muafakat yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala iaitu matahari dan bulan daripada beta Raja Muda di negeri bandar Perlis Kota Indera Kayangan sampai kepada sahabat beta Gurnador yang memerintah bandar Pulau Pinang yang amat budiman lagi setiawan dengan segala handai dan taulan dan sangat arif bijaksana pada segala pekerjaan di laut dan di darat dan sangat2 dermawan pada segala fakir miskin hina dina dan tolong menolong segala anak dagang senteri tiada diberi kesakitan maka perangai demikian itu tergah masyhurlah pada sekalian negeri di atas angin dan dibaruh angin maka barang ditetapkan Tuhan sarwa alam sekalian jangan berubah2
kemudian daripada itu barang tahu sahabat beta maka adalah beta menyuruh Seri Adika Wangsa dan Cik Muhamad Amin pergi ke Pulau Pinang dapatkan sahabat beta mencahari dagangan barang yang patut laku dalam negeri Perlis ini jika ada barang yang diperkenan orang dua itu minta sahabat beta tolong bicara beri mari boleh beta suruh jual segera barang kehendak sahabat beta2 suruh hantar pergi sebermula ada baki rial beta dibawa Long Lam enam puluh rial pada sahabat beta itupun jika mudah2 minta sahabat serahkan pada Seri Adika Wangsa bawa mari sampaikan pada beta itulah beta nyatakan maka adalah hadiah daripada beta akan sahabat beta anak rusa jantan seekor dibawa Seri Adika Wangsa minta sahabat beta terima ambil tiada dengan sepertinya tanda ikhlas jua adanya tamat al-kalam
sebermula barang kehendak sahabat beta hendaklah sahabat beta nyatakan mari boleh beta tolong mana sedapatnya tamat
No comments:
Post a Comment