Ya ‘Aziz
Hamba Dato’ Saudagar Raja maklumkan ke hadrat Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang mulia lagi arif bijaksana telah masyhur ke mana2 wa ba’d
dari itu ahwal surat qadam Dato’ beri mari pada munsyi itu telah sampailah pada hamba Dato’ maka tersebut dalamnya qadam Dato’ minta rial pada hamba Dato’ lima enam ribu rial dan timah barang yang sudah terhimpun dan lembu empat puluh ekor maka pada ketika ini barang yang hadir pada hamba Dato’ rial dua ribu dan timah lima bahara adanya lembu dulapan belas ekor hamba Dato’ serah beri pergi pada munsyi boleh qadam Dato’ suruh terima ambil maka akan dagangan hamba Dato’ pinta pada qadam Dato’ seperti titah Yang Dipertuan dan surat hamba Dato’ beri pergi dahulu itu juga ada tilik serta rahim qadam Dato’ beri barang yang perkenan To’ Raja Pahlawan Ali Khan dan Nakhoda Husna Marikan itu qadam Dato’ tolong muat di dalam Jaga2 beri mari tentu dengan daftarnya boleh hamba Dato’ jual himpun harganya hantar pergi pada qadam Dato’ maka adalah buah mempelam seratus hamba Dato’ beri pergi pinta terima ambil tanda ikhlas perbuat surat selikur hari bulan Rejab hari Khamis tamat
No comments:
Post a Comment