Tuesday, November 24, 2020

Surat ikrar Abdul Hamid (MS 40320/7, f.162) berkaitan hutangnya pada Cik Johor (Isnin, 22 Muharam 1203 Tahun Ba / 23 Oktober 1788)

Qawluhu al-Haqq

Sanah 1203 tahun Ba pada dua likur bulan Muharam pada hari Isnin bahawa pada ketika itu maka adalah mari Abdul Hamit minta tolong bayar hutangnya pada Cik Johor tujuh belas ringgit pada Senyor Jung Batis Bu Shalas 


maka rial itu sudahlah diserahkan oleh Jung Betis pada tangan Abdul Hamid maka diterima oleh Abdul Hamid rial yang tujuh belas dibayarkan pada Cik Johor setelah sudahlah selesai hutang Abdul Hamid pada Cik Johor pada kemudian harinya tiadalah ja da’wa meda’i maka sekarang ini Abdul Hamid itu terserahlah pada tangan Jung Betis serta jadi miliknya demikianlah perjanjian Abdul Hamid dengan Jung Betis barang kerjanya tiadalah disalahkan maka inilah Abdul Hamid membuat surat tapak tangannya serta dengan bekas jarinya beri taruh pada tangan Jung Betis supaya jangan jadi qalqil da’wa meda’i pada kemudian harinya maka tatkala membuat surat ini saksinya Nakhoda Kecik dan Encik Muhamad wa katibuhu wa kafa shahidan ‘aliman inilah bekas jari sahaya Abdul Hamid tanda sah seperti tersebut di dalam surat ini tamat

No comments:

Post a Comment