Sunday, November 22, 2020

Surat Raja Muda di Perlis kepada Francis Light (MS 40320/7, f.156) berkaitan Saudagar Abdul Ghani dan Mek Melur di Pulau Pinang (Khamis, 23 Jamadil Awal 1203 Tahun ba / 19 Februari 1789)

Qawluhu al-Haqq

Surat kasih dan sayang tulus serta ikhlas daripada Tuanku Raja Muda barang disampaikan kepada saudara kita Gurnador yang tetap memerintah segala pekerjaan di dalam Pulau Pinang itu lagi masyhur kepujian pada segala daerah 


maka adalah hamba menyuruh Panglima Kuala Seri Muda Dewa kepada saudara kita tolong bicara beri Saudagar Abdul Ghani itu bawa budak kita perempuan nama Mek Melur dan anaknya beri mari bersama Panglima Kuala itu telah harablah kita akan kasih sayang saudara kita tolong sekali ini jika ada apa aduan Abdul Ghani itu diberi mari juga boleh kita bicarakan pada jalan betul dan benarnya supaya tentu kerana lama sangat Mek Melur itu dibawa Abdul Ghani pergi ke Pulau Pinang itu tiada dengan tahu kita itu dinyatakan buat surat ini tiga likur hari bulan Jamadil Awal hari Khamis sanah 1203 tahun ba tamat

No comments:

Post a Comment