Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Raja Muda sampai kepada sahabat beta Gunador Pulau Pinang yang amat bijaksana pada pihak berkasih kasihan dengan segala handai taulannya maka masyhurlah pada sekalian negeri atas angin dan baruh angin maka barang ditetapkan Tuhan sarwa sekalian alam kiranya perangai yang demikian itu
maka barang ketahui kiranya sahabat beta maka adalah beta beri surat akan sahabat beta dibawa Pak Ngah satu hari maka sekarang ini jika ada kasih sahabat beta2 pintalah sahabat beta cahari seperti maksud beta itu diberi mari dengan segeranya kerana sangatlah beta bermaksudkan benda itu dari kerana inilah maka beta ulangi pinta puluh haraplah beta akan sahabat beta sampaikan maksud beta ini serta diberi mari dengan segeranya beri sampai pada beta maka itulah beta nyatakan surat ini hari Selasa sembilan likur bulan Zulhijah tamat
No comments:
Post a Comment