Monday, November 23, 2020

Surat Dato Kaya Kuala Batu Bahara kepada James Scott (MS 40320/7, f.160) berkaitan harga tali sauh

Nur al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus ikhlas putih hati selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan daripada kita Dato’ Kaya duduk dalam Kuala Batu Bahara datang kepada sahabat kita Kapitan Uskut  yang istirehat dalam bandar kota Pulau Pinang yang akil bijaksana 


takrif kiranya sahabat kita akan hal harga tali sauh telah sudah kita terima kepada Encik Awi itu empat puluh ringgit sebagai lagi ada Kapitan Bat  itu mengambik  layar dan tali cemeti  ada harga tiga puluh ringgit kita mintak kepada Kapitan Bat itu tiada ia mahu memberi melainkan kepada sahabat kitalah sebagai lagi akan hal kapal sahabat kita suruhlah mari ke Batu Bahara dengan segeranya jangan berputusan tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment