Wednesday, November 25, 2020

Surat Seri Pekerma Wangsa Batu Bahara kepada Francis Light (MS 40320/7, f.166) berkaitan dagangan ke Pulau Pinang

Wa al-shams wa al-kamar 

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta kasih yang tiada berkeputusan selagi ada peredaran cakerawala bulan dan matahari daripada kita Seri Pekerma  Wangsa yang istirat  al-khairi dalam Kuala Batu Bahara barang disampaikan Allah Subhanah Wa Ta’ala apalah kiranya kepada sahabat kita Senyor Gurnador yang istirat  al-khairi memerintah kebesaran dalam bandar Pulau Pinang Darul Aman amin Ya Rab al-‘alamin wa ya khair al-nasirin wa ba’d 


daripada itu maka adalah sahabat kita Senyor Gurnador menyuruhkan Kapitan Kas  Mas  mendapatkan membawa dagangan sedikit banyak telah sudahlah kita suruhkan pulang mendapatkan sahabat kita Senyor Gurnador dengan sejahteranya kemudian kita punya tabik banyak2 kepada sahabat kita akan hal itu Kapitan Rapsin  itu sahabat kita suruhkan ia mari ke Batu Bahara mengambik lasatan  ker  lasatan itu jikalau lambat diambik Kapitan Rapsin itu hampirlah akan buruk tamat

No comments:

Post a Comment