Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang dan tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pinang
maka adalah Syahbandar beta suruh pergi pada sahabat beta menyatakan khabar perintah lanun maka sudah sahabat beta balas surat beta serta kata Syahbandar sahabat beta sudah berjanji kata hendak mari sendiri berjumpa dengan beta maka kerja itu sahaja kesukaan beta maka dari dahulu pun beberapa kali beta suruh panggil maka sahabat beta bertangguh juga sampai sekarang ini baharu Tuhan sarwa alam buka hati sahabat beta suka hendak mari berjumpa beta maka beta pun sangat kesukaan boleh berjumpa mulut berkata2 supaya tiada lagi berhubung kata dengan yang lain boleh selesai segala fikiran beri bertentu ditetapkan sekali supaya tiadalah boleh ada tempat boleh jalan segala yang si jahat hendak mengadakan kata yang tiada sebenar hendak memberi kejahatan atas beta dan sahabat beta dalam itu lebih fikir sahabat beta jika sudah tiada putih hati sahabat beta hendak mari pada beta hendak menengar kata orang jahat2 apa boleh beta katakan inilah beta nyatakan pergi surat dua likur bulan Rabiul Akhir hari Arba’ tamat
No comments:
Post a Comment